YBhg. Dato’ Gs. Haji Azlikamil bin Napiah, Ketua Pengarah Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) di slot Selamat Pagi Malaysia (SPM), Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada 15 Oktober 2025, berbicara mengenai bagaimana teknologi angkasa dan daya cipta saling berkait sebagai pemangkin dalam memacu sektor angkasa negara. Malaysia kini berhasrat untuk beralih daripada sekadar pengguna teknologi angkasa kepada penyedia dan pencipta teknologi angkasa. Antara yang dikongsikan termasuklah peranan satelit sebagai ‘mata’ dari angkasa dan kepentingannya dalam meningkatkan kecekapan pengurusan, pemantauan dan mitigasi.
.
Antara yang turut dikongsikan adalah usaha mempromosikan penerimaan teknologi angkasa menerusi Minggu Angkasa Sedunia 2025 Malaysia Chapter dan mengenai satelit sebagai mata dari angkasa dan kepentingannya dalam pengurusan, pemantauan dan mitigasi.
.
Kehadiran YBhg. Dato’ Ketua Pengarah MYSA telah disantuni oleh YBrs. Encik Hamzah bin Ishak, Timbalan Ketua Pengarah Penyiaran (Strategik), RTM.
.
.
Angkasa untuk semua | Space for all