.
MYSA telah menyertai 11𝘵𝘩 𝘐𝘯𝘵𝘦𝘳𝘯𝘢𝘵𝘪𝘰𝘯𝘢𝘭 𝘊𝘰𝘯𝘧𝘦𝘳𝘦𝘯𝘤𝘦 𝘰𝘯 𝘎𝘦𝘰𝘨𝘳𝘢𝘱𝘩𝘪𝘤𝘢𝘭 𝘐𝘯𝘧𝘰𝘳𝘮𝘢𝘵𝘪𝘰𝘯 𝘚𝘺𝘴𝘵𝘦𝘮𝘴 𝘛𝘩𝘦𝘰𝘳𝘺, 𝘈𝘱𝘱𝘭𝘪𝘤𝘢𝘵𝘪𝘰𝘯𝘴 𝘢𝘯𝘥 𝘔𝘢𝘯𝘢𝘨𝘦𝘮𝘦𝘯𝘵 (GISTAM 2025) pada 1-3 April 2025 di Porto, Portugal.
.
Persidangan GISTAM 2025 dianjurkan oleh 𝘐𝘯𝘴𝘵𝘪𝘵𝘶𝘵𝘦 𝘧𝘰𝘳 𝘚𝘺𝘴𝘵𝘦𝘮𝘴 𝘢𝘯𝘥 𝘛𝘦𝘤𝘩𝘯𝘰𝘭𝘰𝘨𝘪𝘦𝘴 𝘰𝘧 𝘐𝘯𝘧𝘰𝘳𝘮𝘢𝘵𝘪𝘰𝘯, 𝘊𝘰𝘯𝘵𝘳𝘰𝘭 𝘢𝘯𝘥 𝘊𝘰𝘮𝘮𝘶𝘯𝘪𝘤𝘢𝘵𝘪𝘰𝘯 (INSTICC), sebuah institut pembangunan dan penyebaran pengetahuan teknikal dan saintifik dalam bidang sistem maklumat dan teknologi, kawalan dan komunikasi.
.
Penyertaan dan penglibatan MYSA dapat memberi pendedahan dan meningkatkan pengetahuan tentang metodologi terkini dalam pengurusan data spatial termasuk perolehan dan pemprosesan data, remote sensing dan pemodelan serta mengukuhkan jaringan dan kolaborasi antarabangsa.