MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

Satu bengkel telah diadakan pada 21-23 November 2022 bertempat di Dewan Seminar, Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) Kuala Lumpur yang dihadiri oleh pegawai pelbagai kementerian dan agensi.
.
Bengkel ini merupakan anjuran bersama MYSA dengan United Nations Office for Outer Space Affairs (UNOOSA) dan kerajaan Jepun di bawah inisiatif “Space Law for New Space Actors” telah dirasmikan oleh YBhg. Datuk Ts. Dr. Hj. Aminuddin bin Hassim, Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI). Turut hadir bersama YBrs. Ts. Dr. K. Nagulendran, Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembudayaan Sains) MOSTI, YBrs. Tuan Haji Azlikamil Bin Napiah, Ketua Pengarah Agensi Angkasa Malaysia (MYSA), pengurusan tertinggi MYSA, Mr. Karimata Atsushi dari Kedutaan Jepun di Malaysia dan Mrs. Natercia Rodrigues dari UNOOSA.
.
Lanjutan kerjasama ini dan kejayaan Malaysia mewujudkan Akta Lembaga Angkasa Malaysia 2022 [Akta 834], Malaysia telah menerima pengiktirafan daripada pihak UNOOSA sebagai antara negara contoh dalam pembangunan perundangan angkasa di rantau Asia Tenggara.
 
Objektif bengkel adalah untuk meningkatkan kesedaran di kalangan pembuat dasar dan perundangan mengenai kepentingan prinsip-prinsip asas undang-undang angkasa antarabangsa dalam penggubalan perundangan angkasa selaras dengan hasrat Malaysia untuk menjadi pusat rujukan serantau dalam bidang polisi dan perundangan angkasa lepas pada masa hadapan.
 
 
 

no images were found

Skip to content