Bengkel United Nations Space Law For New Space Actors: Malaysia Technical Mission 2022 telah dirasmikan oleh YBhg. Datuk Ts. Dr. Hj. Aminuddin bin Hassim, Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).
Bengkel yang akan berlangsung pada 21-23 November ini merupakan anjuran bersama MYSA dengan UNOOSA dan kerajaan Jepun di bawah inisiatif “Space Law for New Space Actors”. Objektif utama penganjuran bengkel ini adalah untuk meningkatkan kesedaran di kalangan pembuat dasar dan perundangan di Malaysia mengenai kepentingan menerapkan prinsip-prinsip asas undang-undang angkasa antarabangsa dalam penggubalan perundangan angkasa negara.
Bengkel ini juga adalah sebagai sokongan kepada Malaysia yang berpotensi memainkan peranan sebagai pusat rujukan serantau dalam bidang polisi dan perundangan angkasa lepas di masa hadapan.
Hadir sama YBrs. Ts. Dr. K. Nagulendran Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembudayaan Sains) MOSTI, YBrs. Tuan Haji Azlikamil Bin Napiah, Ketua Pengarah Agensi Angkasa Malaysia (MYSA), pengurusan tertinggi MYSA, Mr. Karimata dari Kedutaan Jepun di Malaysia dan Mrs. Natercia dari United Nations Office for Outer Space Affairs (UNOOSA).