MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

BENGKEL PEMINDAHAN TEKNOLOGI SISTEM APLIKASI JEMPOL LAND MONITORING AND INFORMATION SYSTEM (JLMIS)
Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) komited menyusun strategi pembangunan sektor angkasa negara termasuklah mempergiatkan usaha pelaksanaan projek-projek sistem aplikasi yang berteraskan teknologi angkasa melalui kerjasama strategik dengan pelbagai Kementerian/Jabatan/Agensi Kerajaan.🀝
.
Pada 6 Ogos 2024, bertempat di Ibu Pejabat MYSA, Kuala Lumpur telah diadakan Bengkel Pemindahan Teknologi (TOT) Sistem Aplikasi Jempol Land Monitoring and Information System (JLMIS). Bengkel telah dihadiri oleh pengguna sistem iaitu pegawai dan kakitangan Pejabat Daerah dan Tanah Jempol (PDTJL), Negeri Sembilan.
.
Bengkel bertujuan:
πŸ“ŒMemberi pendedahan kepada pegawai PDTJL yang merupakan agensi kerjasama baharu MYSA akan keupayaan teknologi angkasa dan teknologi berkaitan dalam pemantauan tanah; dan
πŸ“ŒMemurnikan data-data geospatial PDTJL dan fungsi sistem aplikasi bagi membantu meningkatkan keberkesanan operasi pemantauan dan penguatkuasaan yang dilaksanakan.
.
πŸŒŽπŸ›°οΈπŸš€ Pembangunan sistem aplikasi JLMIS ini dapat membantu PDTJL dalam meningkatkan kecekapan pengurusan dan pemantauan lot-lot tanah di Daerah Jempol, mengawal selia kegiatan /aktiviti penggunaan tanah semasa dan seterusnya membantu pihak eksekutif daerah membuat keputusan dalam urusan pentadbiran tanah daerah secara lebih menyeluruh dan efektif.
Skip to content