MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

Bengkel Semakan Draf Penggubalan Peraturan-Peraturan Lembaga Angkasa Malaysia (LAM) telah diadakan dengan jayanya pada 2 hingga 3 November 2022.
Objektif utama bengkel ini adalah untuk mendapatkan input, maklum balas dan keputusan dasar daripada Anggota Lembaga Angkasa Malaysia (LAM) berkaitan penggubalan draf Peraturan-Peraturan LAM agar ianya komprehensif, teratur dan praktikal.
 
Bengkel ini disertai oleh pegawai-pegawai dari Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Pengangkutan, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri dan Majlis Keselamatan Negara. Hadir sama adalah YBhg. Datuk Ts. Dr. Hj. Aminuddin bin Hassim, Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan YBrs. Ts. Dr. K. Nagulendran, Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembudayaan Sains).
 
Penggubalan Peraturan-Peraturan Lembaga Angkasa Malaysia ini penting bagi mengawal selia aktiviti berkaitan angkasa bagi tujuan keselamatan, pendaftaran objek angkasa dan peruntukan bagi kesalahan aktiviti angkasa. Ia juga akan memastikan aktiviti angkasa negara dilaksanakan secara bertanggungjawab, selamat, terjamin serta mematuhi segala peraturan dan piawaian yang dipersetujui di peringkat antarabangsa.
 
Draf penggubalan Peraturan-Peraturan ini akan dikemukakan kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk semakan dan dengan itu memungkinkan penguatkuasaan sepenuhnya Akta 834 pada tahun 2023 seperti yang dirancang.
 
.
 
 
 
Skip to content