MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

BENGKEL SAINS DAN TEKNOLOGI ANGKASA DI SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI KELAMBU, BANTING
Bengkel Sains dan Teknologi Angkasa di bawah payung program 100 Saintis, 100 Sekolah, 100 Hari (STI100³) bagi Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) diteruskan lagi di Sekolah Kebangsaan Sungai Kelambu, Banting Selangor.
 
Bengkel ini dibahagikan kepada tiga (3) siri yang dikendalikan oleh Pegawai Penyelidik MYSA iaitu Gs. Ooi Wei Han bersama dengan pegawai-pegawai MYSA dan guru-guru STEM (Panitia Sains, Matematik & Reka Bentuk dan Teknologi).
 
1️⃣Siri pertama bengkel telah berlangsung pada 12 Disember 2024 dengan pengenalan kepada sains angkasa, sistem suria dan teleskop. Turut diadakan aktiviti interaksi seperti pertandingan mewarna, mencipta DIY teleskop dengan kanta dan membina model satelit yang melibatkan murid-murid dari prasekolah hingga Tahun 4.
 
2️⃣ & 3️⃣ Siri kedua dan ketiga bengkel diadakan pada 18 dan 19 Disember 2024 – direka khas untuk murid-murid Tahun 5 dan 6. Bengkel dimulakan dengan pengenalan asas kepada teknologi satelit, jenis-jenis satelit dan fungsi, orbit, aplikasi satelit dalam kehidupan harian serta pengenalan kepada teknologi roket. Aktiviti interaksi Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) turut diadakan termasuk kuiz, membina model roket Ariane serta pertandingan mencari harta karun Geocaching melalui aplikasi satelit di luar bilik darjah.
.
Majlis penutup dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh YBrs. Puan Azmah binti Ali, Pengarah Bahagian Kejuruteraan dan Teknologi Angkasa, MYSA dan turut dihadiri oleh Guru Besar sekolah serta Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kuala Langat.
.
Terima kasih atas penyertaan aktif murid-murid dan kerjasama daripada pihak pengurusan sekolah dalam menjayakan program ini. Semoga langkah ini dapat memupuk minat dan keseronokan dalam belajar sains khususnya dalam bidang sains dan teknologi angkasa dan membina bakat muda dari peringkat awal persekolahan lagi.🤝
.
STI100³ adalah program anjuran Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) – menyahut seruan YAB Perdana Menteri bagi menarik minat pelajar dalam bidang STEM.
.
Teknologi angkasa untuk semua 🌎🚀🛰️📡🔭
Skip to content