Terima kasih kepada Bahagian Penguasa Angkasa (BPAngkasa), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) atas ruang dan peluang yang diberikan kepada Pegawai Penyelidik Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) untuk perkongsian ilmu pada hari ketiga (16 Ogos 2024) di Bengkel Peningkatan Kompetensi Penyiasatan Insiden dan Kemalangan Angkasa, Hotel Pulse Grande, Putrajaya.
.
Dua (2) Pegawai Penyelidik MYSA, Sr Shahrizal Ide Moslin dan Encik Ooi Wei Han telah memberikan ceramah berkenaan asas navigasi satelit dan aplikasi penggunaan teknologi Global Navigation Satellite Systems (GNSS) dalam insiden dan kemalangan angkasa. Di samping itu, latihan padang cerapan koordinat menggunakan alat handheld GARMIN GPS ETREX 22x juga telah dibuat untuk memberikan simulasi sebenar cerapan data dan tips penggunaan Global Positioning System (GPS) yang betul.
.
Objektif bengkel ini adalah untuk meningkatkan kompetensi dan melengkapkan pengetahuan pegawai secara teori dan teknikal dalam pengoperasian objek angkasa iaitu roket dan satelit serta penentuan koordinat lokasi kemalangan apabila menjalankan siasatan ke atas insiden dan kemalangan aktiviti angkasa.