Bengkel Pengimejan Matahari Siri 1 telah diadakan di Observatori Negara Langkawi (ONL), Agensi Angkasa Malaysia (MYSA), Langkawi, Kedah pada 4 hingga 6 Februari 2025. Bengkel tersebut telah dihadiri oleh seramai 15 orang pengendali fasiliti balai cerap di bawah Jaringan Kerjasama Balai Cerap Kebangsaan.
.
Ini merupakan satu daripada usaha untuk perkongsian data pencerapan Matahari di Malaysia bagi menyokong pembangunan pangkalan data cuaca angkasa negara kelak yang juga merupakan sebahagian daripada pelaksanaan aktiviti dalam Pelan Tindakan Dasar Angkasa Negara 2030 atau lebih dikenali sebagai Malaysia Space Exploration 2030 (MSE2030).