BENGKEL PENGEMASKINIAN PASEL PADI IADA KOTA BELUD TAHUN 2024 PADA 2-6 SEPTEMBER 2024
Bengkel Pengemaskinian Pasel Padi IADA Kota Belud Tahun 2024 Menggunakan Imej Satelit Remote Sensing telah berlangsung pada 2 – 6 September 2024 di Ibu Pejabat Agensi Angkasa Malaysia (MYSA), Kuala Lumpur.
.
Bengkel bertujuan untuk:
mengemaskini pasel padi IADA Kota Belud seluas 11,170.24 hektar
menggunakan imej satelit beresolusi sangat tinggi (0.5 meter)
mengesan perubahan guna tanah kawasan pasel padi yang bertukar kepada bukan petak padi (tanaman lain)
.
Bengkel dihadiri oleh pegawai IADA Kota Belud dan wakil pesawah setempat. Hasil bengkel akan dijadikan input bagi membantu IADA dalam merancang, mengurus dan memantau kawasan tanaman padi semasa melalui Sistem MakGeoPadi.
.
MakGeoPadi merupakan sistem aplikasi teknologi angkasa kerjasama MYSA, MOSTI dan Jabatan Pertanian, KPKM. Imej satelit membantu Jabatan Pertanian dan pesawah memantau kawasan tanaman padi secara berkala pada setiap musim penanaman.
Banyak faedah diperolehi menerusi teknologi angkasa.