MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

Satu Bengkel Pengemaskinian Pasel Padi IADA Kerian Tahun 2022 Menggunakan Imej Satelit Remote Sensing telah diadakan pada 4 hingga 7 Oktober 2022 bertempat di Bilik Latihan Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) Kuala Lumpur.
.
Bengkel tersebut bertujuan untuk mengemaskini pasel padi IADA Kerian seluas 18,700 hektar menggunakan imej satelit beresolusi sangat tinggi (0.5 meter) bagi mengesan perubahan guna tanah kawasan pasel padi yang bertukar kepada bukan pasel padi (tanaman lain) dan seterusnya menjadi input bagi Sistem MakGeoPadi kerjasama MYSA dan Jabatan Pertanian.
.
Bengkel ini disertai seramai 15 orang pegawai dari pelbagai agensi pertanian seperti IADA Kerian, Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) Negeri Perak dan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK).
.
 
 
 
Skip to content