MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) telah menganjurkan Bengkel Pemantapan Strategik tahun 2022 pada 16 hingga 18 Oktober 2022 di Pacific Beach Resort, Port Dickson, Negeri Sembilan.
 
Bengkel ini turut dihadiri oleh YBrs. Gs. Haji Azlikamil bin Napiah, Ketua Pengarah MYSA, Encik Adnan bin Ismail, Timbalan Ketua Pengarah (Penyelidikan dan Pembangunan MYSA dan Puan Nik Mazlina binti Nik Mustapha, Timbalan Ketua Pengarah (Perkhidmatan Teknikal dan Operasi) MYSA.
.
Objektif bengkel ini adalah untuk meningkatkan kefahaman dan memberi pendedahan kepada peserta bengkel serta menetapkan hala tuju strategik MYSA dalam aspek memacu pembangunan teknologi angkasa di arena tempatan, memperkasa jaringan dan kerjasama antarabangsa serta penyampaian perkhidmatan data remote sensing, (AIT – Assembly, Integration and Testing) dan perundingan.
.
Pengisian bengkel yang telah dihadiri oleh 56 orang pegawai yang terdiri daripada setiap bahagian di MYSA ini adalah merangkumi perbincangan dan pembentangan kumpulan.
 
 
Skip to content