MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

BENGKEL KEJURUTERAAN SATELIT 2024 DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN RAJA LUMU
Terima kasih atas penyertaan aktif pelajar-pelajar dan kerjasama pihak pengurusan Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Lumu (SMK Raja Lumu), Pelabuhan Klang, Selangor dalam Bengkel Kejuruteraan Satelit. Bengkel telah dikendalikan oleh Dr. Elena Woo Lai, Pegawai Penyelidik Agensi Angkasa Malaysia (MYSA), merupakan salah satu aktiviti di bawah Program 100 Saintis, 100 Sekolah, 100 Hari (STI100³).
Bengkel dimulakan dengan pengenalan asas kepada satelit, diikuti dengan reka bentuk dan pembangunan model satelit, sebelum diakhiri dengan pengujian satelit. Pendekatan ini dapat mendedahkan pelajar mengenai pengalaman menyeluruh proses pembangunan satelit daripada teori kepada aplikasi praktikal. Tiga (3) fasa pengisian bengkel iaitu:
1️⃣Pengenalan Kepada Satelit | 27 November 2024
Jenis satelit, fungsi utama, orbit yang digunakan termasuk aktiviti interaktif seperti kuiz dan membina satelit melalui laman web interaktif.
2️⃣Reka Bentuk dan Kejuruteraan Satelit | 3 Disember 2024
Proses kejuruteraan yang terlibat dalam pembinaan satelit dan subsistem satelit. Penugasan kerja berkumpulan bagi mereka bentuk dan membina model satelit menggunakan bahan kitar semula.
3️⃣Pengujian dan Pembentangan | 5 Disember 2024
Aktiviti praktikal melibatkan pengujian termasuk ujian getaran terhadap model satelit dan pembentangan bagi melatih analisis teknikal dan komunikasi.
.
▪️Penjanaan ilmu pengetahuan (knowledge creation) dalam bidang angkasa penting untuk kita bangunkan keupayaan tempatan bermula dengan membina bakat anak muda dari awal persekolahan.
▪️STI100³ adalah program anjuran Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) – menyahut seruan YAB Perdana Menteri bagi menarik minat pelajar dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).
.
Semoga semua pelajar dapat meneruskan minat dalam bidang STEM khususnya teknologi angkasa.
.
Teknologi angkasa untuk semua 🌎🚀🛰️📡🔭
Skip to content