MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

BENGKEL JAWATANKUASA KERJA TRITI ANGKASA ANTARABANGSA SIRI 1
Bengkel Jawatankuasa Kerja Triti Angkasa Antarabangsa Siri 1 anjuran Bahagian Penguasa Angkasa (BPA), MOSTI dihadiri oleh Ahli Jawatankuasa Kerja daripada pelbagai Kementerian dan agensi berkaitan, antaranya adalah Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Pertahanan, Kementerian Luar Negeri, Kementerian Komunikasi & Digital, Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia, Pihak Berkuasa Penerbangan Awam dan Akademia dari universiti awam. Hadir sama adalah wakil daripada Bahagian- bahagian di bawah MOSTI, Agensi Angkasa Malaysia, Akademi Sains Malaysia, Unit Perundangan MOSTI dan Bahagian Antarabangsa MOSTI.
 
Fokus utama bengkel yang telah berlangsung pada 21- 22 Jun 2023 ini adalah untuk mengkaji dan mempertimbang secara terperinci setiap satu artikel di bawah Triti Angkasa Antarabangsa memandangkan ianya bakal memberi kesan yang berbeza mengikut situasi domestik dan antarabangsa. Seterusnya, berdasarkan dapatan bengkel Jawatankuasa Kerja ini, satu sesi libat urus akan dilaksanakan bersama pemegang taruh berkaitan, termasuk pemain industri untuk mendapatkan input yang holistik mengenai impak dan kesan sekiranya Malaysia berhasrat untuk menandatangani atau meratifikasi setiap triti berkaitan. Seterusnya, suatu syor oleh Jawatankuasa Kerja Triti Angkasa Antarabangsa akan diusulkan mengenai hasrat Kerajaan untuk menandatangani dan meratifikasi Triti Angkasa Antarabangsa yang bersesuaian dengan kepentingan semasa Negara.
 
Untuk makluman, Malaysia sebagai ahli dalam Pertubuhan United Nation- Committee on the Peaceful Uses of Outer Space (UNCOPUOS) telah menandatangani dua (2) daripada lima (5) triti angkasa lepas antarabangsa iaitu Treaty on Principle Governing the Activities of States in the Exploration and Use of Outer Space, Including the Moon and Other Celestial Bodies, 1967 (OST 1967) dan Agreement on the Rescue of Astronauts, the Return of Astronauts and the Return of Objects Launched into Outer Space, 1968 (ARRA 1968), namun kedua-dua triti belum diratifikasi.
 
Tiga (3) lagi triti yang belum ditandatangani dan diratifikasi adalah Convention on International Liability for Damage Caused by Space Objects, 1972 (LIAB 1972); Convention on Registration of Objects Launched into Outer Space, 1975 (REG 1975); dan Agreement Governing the Activities of States on the Moon and Other Celestial Bodies, 1979 (MOON 1979).
Skip to content