Bengkel e-SMART bersama dengan nelayan pesisir pantai sekitar Kudat, Sabah. Anjuran Ko-Nelayan dengan kerjasama Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) bertempat di Kompleks Ko-Nelayan Wilayah Kudat, Sabah, 12 September 2025. Bengkel memberi pendedahan awal kaedah penggunaan teknologi angkasa untuk menangkap ikan.
.
𝐒𝐢𝐬𝐭𝐞𝐦 𝐚𝐩𝐥𝐢𝐤𝐚𝐬𝐢 𝐄𝐥𝐞𝐜𝐭𝐫𝐨𝐧𝐢𝐜 𝐒𝐚𝐛𝐚𝐡 𝐌𝐨𝐛𝐢𝐥𝐞 𝐀𝐫𝐭𝐢𝐬𝐚𝐧𝐚𝐥 (𝐅𝐢𝐬𝐡𝐞𝐫𝐦𝐞𝐧) 𝐑𝐞𝐦𝐨𝐭𝐞 𝐓𝐞𝐜𝐡𝐧𝐨𝐥𝐨𝐠𝐲 (𝐞-𝐒𝐌𝐀𝐑𝐓):

berteraskan teknologi angkasa meliputi:

Teknologi penderiaan jauh (remote sensing);

Sistem Maklumat Geografi [Geographical Information System (GIS)];

Sistem Penentududukan Sejagat [Global Positioning System (GPS)]; dan

Teknologi Maklumat dan Komunikasi [Information and Communication Technology (ICT)].

sistem dibangunkan secara bersama oleh MYSA dan Ko-Nelayan.
.
MYSA komited menyusun strategi pembangunan sektor angkasa negara termasuklah mengoptimumkan penggunaan teknologi angkasa bagi tujuan meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan kerajaan.
Ini dilaksanakan melalui usaha membangun dan melaksana projek-projek sistem aplikasi yang berteraskan teknologi angkasa melalui kerjasama strategik dengan pelbagai Kementerian/Jabatan/Agensi kerajaan.
.
Angkasa untuk semua | Space for all