MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

BENGKEL DAN CABARAN PERTANDINGAN MYSTEM@SPACE – MYUNMANNED GROUND VEHICLE (MYUGV)
26 Mei 2023- Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) dengan kerjasama rakan strategik, Micro Concept Tech Sdn. Bhd. telah mengadakan bengkel dan cabaran pertandingan robotik & koding bertajuk MyUnmanned Ground Vehicle (MyUGV) sempena Minggu Sains Negara (MSN) Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI). Pertandingan robotik ini telah diadakan di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC) Langkawi.
 
Objektif pertandingan ini adalah untuk memupuk minat terhadap sains dan seterusnya menyemarakkan pembudayaan Sains, Teknologi dan Inovasi.
 
Seramai 20 orang murid dari lima buah sekolah di sekitar Langkawi telah terpilih menyertai pertandingan saringan yang di adakan di Pusat Kegiatan Guru, Kuah, Langkawi pada 25 Mei 2023. Pada hari ini sebanyak tiga buah sekolah telah layak ke peringkat akhir pertandingan yang telah di adakan di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC) Langkawi. Sesi penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh YBrs. Puan Nik Mazlina Binti Nik Mustapha, Timbalan Ketua Pengarah MYSA.
 
🅿🅴🅼🅴🅽🅰🅽🅶 🆃🅴🅼🅿🅰🆃 🅿🅴🆁🆃🅰🅼🅰🥇
– SK Kuala Teriang
🆃🅴🅼🅿🅰🆃 🅺🅴🅳🆄🅰🥈
– SJK (T) Ladang Sungai Raya
🆃🅴🅼🅿🅰🆃 🅺🅴🆃🅸🅶🅰🥉
-SK Kuala Teriang
🆂🅰🅶🆄🅷🅰🆃🅸🎁
– SJK (T) Ladang Sungai Raya
– SK Bayas
💫🅣🅐🅗🅝🅘🅐🅗 🅚🅔🅟🅐🅓🅐 🅢🅔🅜🅤🅐 🅟🅔🅜🅔🅝🅐🅝🅖❗💫
Skip to content