MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

BENGKEL APLIKASI TEKNOLOGI ANGKASA DALAM ASPEK PERTAHANAN SIRI 13/2024 PADA 22 – 26 JULAI 2024
Bengkel Aplikasi Teknologi Angkasa Dalam Aspek Pertahanan Siri 13/2024, bermula 22 hingga 26 Julai 2024 telah dilaksanakan di Dewan seminar MYSA, anjuran Bahagian Aplikasi Perisikan Pertahanan (BAPP), Agensi Angkasa Malaysa (MYSA).
.
Bengkel bertujuan memberi pendedahan dari aspek teori dan praktikal aplikasi teknologi angkasa yang telah dibangunkan untuk pertahanan dan keselamatan. Peserta bengkel terdiri daripada pegawai dan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta agensi keselamatan termasuk pasukan gerakan udara Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).
.
Majlis penutupan bengkel ini telah diadakan pada 26 Julai 2024 menyaksikan penutupan bersekali dengan Kursus Lanjutan Geoint Siri 1/24 (bermula 1 hingga 26 Julai 2024). Kursus tersebut memfokuskan kepada penggunaan teknologi angkasa dalam bidang Remote Sensing, Geographical Information System (GIS), analisa perisikan imejan dan pengoperasian Dron.
 
Majlis penutupan bengkel telah disempurnakan oleh YBhg. Brigedier Jeneral Datuk Abd Razak bin Sipit, Pengarah BAPP, MYSA. Hadir sama, Kolonel Mohd Izal bin Idris, Pengarah Perisikan TUDM.
Skip to content