MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

BENGKEL AKHIR PENYEDIAAN BUKU MEWAH (COFFEE TABLE) DAN PEMURNIAN DATA PEKEBUN BARU WILAYAH SEMENANJUNG MALAYSIA PADA 27-29 OGOS 2025
Bengkel akhir Penyediaan Buku Mewah (coffee table book) dan Permurnian Data Pekebun Baru Wilayah Semenanjung Malaysia bagi projek kerjasama Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) dengan Lembaga Lada Malaysia (MPB) telah berlangsung pada 27 – 29 Ogos 2025 di Ibu Pejabat MYSA, Kuala Lumpur.
.
Pembukaan bengkel telah disempurnakan oleh YBrs. Encik Samsuddin bin Omar, Timbalan Ketua Pengarah (Penyelidikan dan Pembangunan) MYSA. Peserta bengkel terdiri daripada beberapa Pegawai MPB wilayah Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia.
.
Bengkel bertujuan untuk:
▪️pengemaskinian peringkat akhir penerbitan buku mewah segala aktiviti dan memoir projek kerjasama MYSA-MPB
▪️permurnian data geospatial tambahan 37 kebun dan pekebun baru bagi Wilayah Semenanjung Malaysia.
.
📌Projek kerjasama MYSA dengan MPB meliputi membangun sistem aplikasi berteraskan teknologi angkasa iaitu sistem aplikasi tanaman lada (Semenanjung, Sabah dan Sarawak). Sistem bertujuan untuk membantu meningkatkan kecekapan perancangan, pengurusan dan pemantauan aktiviti pemetaan kawasan tanaman lada Malaysia. Kerjasama kedua-dua agensi telah bermula sejak 2022.🤝
.
Angkasa untuk semua | Space for all
🌎📡🔭🚀🛰️
Skip to content