1. Stesen Solar Radio
a) CALLISTO (Compound Astronomical Low Cost Low Frequency for Spectroscopy Observatory)
- Malaysia juga mempunyai peralatan CALLISTO iaitu sebuah instrumentasi penerima yang dapat mengesan isyarat matahari khususnya letusan suria (solar burst) yang beroperasi antara 45 dan 870 MHz. Peralatan ini dipasang pada 20 hingga 22 Februari 2012, di mana ianya merupakan salah satu rangkaian spektrometer radio di seluruh dunia yang direka untuk mencerap Matahari selama 24 jam sepanjang tahun.
- MYSA menawarkan penggunaan data CALLISTO di Kompleks Teknologi Angkasa, Banting kepada penyelidik untuk tujuan penyelidikan.
- Aplikasi utama adalah untuk pencerapan letusan suria dan pemantauan gangguan frekuensi radio untuk sains astronomi, pendidikan dan jangkauan.

b) Radio Telescope 20MHz, 408MHz and 1420MHz
- Teleskop radio yang beroperasi dalam 20MHz, 408MHz dan 1420MHz.
- Aplikasi utama adalah untuk pencerapan hamburan suar matahari.



2. Fasiliti Pencerapan Astronomi Optikal (Observatori Negara Langkawi – ONL)
Pengenalan
Observatori Negara Langkawi (ONL) telah siap di bina pada tahun 2006. Tujuan pembinaannya adalah dalam usaha memupuk keupayaan R&D negara dalam bidang sains angkasa di samping meningkatkan minat golongan muda untuk merintis ilmu sains dan teknologi baru dalam jangka masa panjang di samping membangkitkan semangat perpaduan dam sentiasa berusaha untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang astronomi.
Fungsi ONL
Fungsi utama Observatori Negara Langkawi (ONL) menyediakan fasiliti pencerapan bertaraf antarabangsa bagi penyelidikan dalam bidang astronomi optikal di Malaysia. Penyelidik dan pelajar yang menjalankan kajian dan penyelidikan dalam bidang astronomi dan sains angkasa adalah dijemput untuk menggunakan kemudahan ini.

Perkhidmatan ONL
ONL menawarkan penyelidikan dan pembangunan sains astronomi seperti berikut:
- Astrometri, fotometri dan spektroskopi stellar dan fizik suria (solar).
- Data dan imej cerapan stellar, solar dan cuaca angkasa.
- Latihan pengendalian instrumen dan praktikal cerapan.
- Pengujian instrumentasi.
- Penempatan instrumentasi saintifik berkaitan.
- Program kerjasama penyelidikan berkaitan.
- Pencerapan atas talian (secara kawalan jauh).
ONL turut menawarkan perkhidmatan bagi program pendidikan dan kesedaran awam secara terpilih.
INSTRUMENTASI ONL
INSTRUMENTASI INSTRUMENT | OBJEK SAMAWI STELLAR | MATAHARI SOLAR | PENJEJAKKAN OBJEK JAUH NEAR EARTH OBJECT |
TELESCOPE TELESKOP | RCOS 20” |
|
|
KUBAH DOME | 5m ObservaDOME | Automa Dome 10ft DDW | Astrohaven 12ft Clamshell |
LEKAPAN MOUNT | Paramount ME | Paramount ME | Paramount ME2 |
KAMERA CAMERA |
|
| FLI ML4240 MB |
SPEKTOGRAF SPECTOGRAPH | SBIG SGS | – | SBIG SGS |
PENURAS FILTERS |
|
|
|
-
Balai Cerap Stellar -
Balai Cerap Solar -
Balai Cerap Penjejakan Objek Jauh