MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

ASIAN POWER AWARDS 2023 – THyCAS
TNB Genco menerusi projek TNB Hydro Catchment Area Surveillance (THyCAS) telah merangkul anugerah πΌπ‘›π‘“π‘œπ‘Ÿπ‘šπ‘Žπ‘‘π‘–π‘œπ‘› π‘‡π‘’π‘β„Žπ‘›π‘œπ‘™π‘œπ‘”π‘¦ π‘ƒπ‘Ÿπ‘œπ‘—π‘’π‘π‘‘ π‘œπ‘“ π‘‘β„Žπ‘’ π‘Œπ‘’π‘Žπ‘Ÿ, π‘€π‘Žπ‘™π‘Žπ‘¦π‘ π‘–π‘Ž 𝑑𝑖 π΄π‘ π‘–π‘Žπ‘› π‘ƒπ‘œπ‘€π‘’π‘Ÿ π΄π‘€π‘Žπ‘Ÿπ‘‘π‘  2023 pada 8 November 2023.
.
π΄π‘ π‘–π‘Žπ‘› π‘ƒπ‘œπ‘€π‘’π‘Ÿ π΄π‘€π‘Žπ‘Ÿπ‘‘π‘  merupakan acara berprestij tahunan yang diadakan untuk mengiktiraf syarikat-syarikat dan pemain industri dari sektor Penjanaan Tenaga di seluruh Asia.
.
Projek THyCAS adalah kerjasama strategik di antara Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) dengan TNB Genco bagi membangun dan mengoperasikan Sistem Pemantauan Kawasan Tadahan Empangan TNB Hidro menggunakan teknologi angkasa secara dalam talian.
.
Sistem THyCAS telah dibangunkan sejak tahun 2018 dan telah digunakan di beberapa negeri di Semenanjung Malaysia. Sistem ini dilengkapi dengan pangkalan data geospatial yang dikemas kini setiap bulan dengan imej satelit beresolusi tinggi bersama set data yang dicerap menggunakan teknologi π‘ˆπ‘›π‘šπ‘Žπ‘›π‘›π‘’π‘‘ π΄π‘–π‘Ÿπ‘π‘Ÿπ‘Žπ‘“π‘‘ π‘†π‘¦π‘ π‘‘π‘’π‘š (π‘ˆπ΄π‘†).
.
Imej-imej satelit ini kemudiannya akan diproses dan ditambah nilai di MYSA sebelum diedarkan kepada jurutera-jurutera hidro TNB Genco untuk dianalisa. Antara analisis-analisis yang boleh dijalankan menggunakan sistem THyCAS ini adalah pengukuran kawasan, profil cerun, pembukaan tanah, penebangan hutan dan pengesanan pencerobohan.
.
Antara kejayaan besar melalui sistem ini adalah ketika kejadian tanah runtuh di Stesen Janakuasa Sultan Mahmud, Kenyir pada tahun 2022. Dengan menggunakan teknologi angkasa, imej-imej terkini kawasan tanah runtuh dapat dihasilkan dalam tempoh singkat. Seterusnya membantu dalam operasi penilaian dan tindakan lanjut ketika bencana oleh pengurusan TNB Genco, TNB dan agensi kerajaan.
.
Tahniah diucapkan kepada TNB Genco dan MYSA di atas pengiktirafan ini.
.
Skip to content