MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

ASEANSAT TEST CAMPAIGN
.
18 Januari 2023 – Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) berjaya menyempurnakan satu lagi proses pengujian dan pengukuran ke atas satelit/komponen satelit di Fasiliti Pemasangan, Integrasi dan Pengujian Satelit, Kompleks Teknologi Angkasa, Banting. Proses ini bertujuan menguji ketahanan dan fungsi satelit sebelum dilancarkan ke orbit.
.
Proses pengujian dan pengukuran ini melibatkan satelit ASEANSAT milik Universiti Teknologi MARA (UiTM) yang diketuai oleh Pensyarah, Ts. Fatimah Zaharah dan dibimbing oleh Prof. Ir. Dr. Mohamad Huzaimy Jusoh selaku Penasihat Projek. Satelit ASEANSAT merupakan sebuah nanosatelit bersaiz 10cm x 10cm x 11.35cm dan seberat 1,200g yang dibangunkan di bawah Projek Nanosatelit ASEANSAT yang merupakan kolaborasi antara negara-negara di Asia. Selain daripada UiTM, projek ini turut disertai oleh University of Perpetual Help System Dalta (UPHSD) dari Filipina, Pensmith STEM International School dari Thailand, dan Kyushu Institute of Technology dari Jepun.
.
Proses pengujian dan pengukuran satelit ASEANSAT ini merupakan susulan kepada kempen pengujian yang telah dimulakan pada 9 Januari 2023 dengan sesi Test Readiness Review sebagai persediaan untuk perlaksanaan pengujian getaran yang merangkumi modal survey, random vibration dan sine burst. Selain itu, MYSA turut melaksanakan pengukuran ke atas antenna, antaranya seperti antenna radiation pattern. Kempen ini berakhir pada 18 Januari 2023 dengan sesi Test Review Board yang mengesahkan kempen pengujian satelit ASEANSAT telah berakhir dengan jayanya.
.
MYSA berbangga atas penglibatan dan perkongsian kepakaran dalam projek ini, dan merakamkan penghargaan kepada UiTM atas kepercayaan yang diberikan dalam menjayakan kempen pengujian satelit ini. MYSA mengucapkan selamat maju jaya kepada UiTM dalam program nanosatelit ASEANSAT.
.
Skip to content