MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

APSCC 2023 Satellite Conference and Exhibition pada 10-12 Oktober 2023
YBrs. Gs. Haji Azlikamil bin Napiah, Ketua Pengarah Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) hari ini telah dijemput untuk menyampaikan ucap tama bertajuk ‘National Space Policy 2030: An Implementation Agenda’ di APSCC 2023 Satellite Conference and Exhibition yang diadakan di Sheraton Imperial Kuala Lumpur. Persidangan antarabangsa anjuran Asia-Pacific Satellite Communications Council (APSCC) dan dengan sokongan MEASAT dan World Space Week (WSW) Malaysia Chapter ini berlangsung pada 10 hingga 12 Oktober 2023.
.
Dalam ucap tama tersebut, beliau telah membentangkan hala tuju negara dalam sektor angkasa selaras dengan pelaksanaan Dasar Angkasa Negara 2030 (DAN 2030).
Skip to content