Aplikasi Teknologi Angkasa

Program Penyelidikan dan Pembangunan (R & D) MYSA ini telah dirumuskan untuk menyokong agensi pengguna dalam pengurusan pengeluaran pertanian, sumber asli, alam sekitar, bencana, keselamatan dan pembangunan tanah. Program ini juga turut melaksanakan arahan yang dikeluarkan oleh jemaah menteri untuk menggunakan teknologi remote sensing bagi membantu agensi pelaksana dalam perancangan, pembangunan dan pengurusan sumber negara. Kejayaan program ini berjaya dicapai melalui penyertaan aktif oleh agensi-agensi kerajaan, institusi pengajian tinggi dan juga sektor swasta.

SISTEM APLIKASI REMOTE SENSING PELBAGAI SEKTOR (GovRS-Apps)

GovRS-Apps adalah platform utama yang komprehensif dan bersepadu bagi sistem-sistem aplikasi pelbagai sektor/bidang berteraskan teknologi remote sensing, Sistem Maklumat Geografi (GIS) dan ICT. Sistem-sistem aplikasi ini mengandungi imej satelit remote sensing dan maklumat geospatial pelbagai sektor/bidang seperti pertanian dan perikanan, sumber asli dan alam sekitar, bencana, kesihatan persekitaran, pembangunan tanah, penilaian dan pengurusan hartanah, pengauditan alam sekitar dan pembangunan fizikal, keselamatan dan pertahanan negara.

Pembangunan dan pengoperasian pelbagai sistem aplikasi ini dilaksanakan secara dalaman oleh MYSA semenjak tahun 2008 dengan kerjasama strategik pelbagai agensi kerajaan. Pelaksanaan peranan ini adalah selaras dengan objektif penubuhan MYSA sebagai agensi penyelidikan dan pembangunan sektor angkasa dan pusat sehenti bagi sains, teknologi dan aplikasi angkasa. Sehingga kini, MYSA telah membangunkan 45 sistem aplikasi strategik di bawah GovRS-Apps yang telah dimanfaatkan oleh lebih 80 agensi kerajaan.

Pelaksanaan peranan ini juga adalah selaras dengan keputusan Mesyuarat Ketua Setiausaha Kementerian dan Ketua Perkhidmatan Bilangan 10 Tahun 2012 supaya semua agensi kerajaan mengguna pakai sistem aplikasi remote sensing ini dalam mempertingkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan.

Di bawah kerjasama pembangunan sistem aplikasi secara dalaman ini, MYSA berperanan sebagai Subject Matter Expert (SME) dalam bidang teknologi angkasa iaitu remote sensing dan GPS serta bidang berkaitan seperti ICT dan GIS. Manakala agensi kerajaan berperanan sebagai SME dalam bidang masing-masing.

45 sistem aplikasi

SENARAI SISTEM APLIKASI REMOTE SENSING PELBAGAI SEKTOR

  1. Sistem Maklumat dan Logistik Banjir Monsun (eBanjir)
  2. Sistem Pengurusan Kawalan Biosekuriti Perikanan (bioDOF-Map)
  3. Land Information Development System – Kuala Nerus
  4. Sistem Maklumat Pengurusan Tanah Dungun
  5. Sistem Informasi Entomologi dan Pest (MyEntopest)
  6. Sistem Telaga Tiub Berasaskan Teknologi Remote Sensing dan GIS Sebagai Sumber Bekalan Air Kepada Komuniti
  7. Sistem Maklumat Geospatial Tanaman Padi (MakGeoPadi)
  8. Sistem Pengurusan Perusahaan Perladangan dan Komoditi – Pemetaan Tanaman Kenaf (MyKenaf)
  9. Sistem Litupan Mukabumi Penderiaan Angkasa Sarawak (LIMPAS)
  10. Sistem Pemantauan Kawasan Hutan Negeri Sabah (iForSABAH)
  11. TNB Hydro Catchment Area Surveillance (THYCAS)
  12. Sistem Maklumat Geospatial Tanaman Padi – IADA PEKAN
  13. Sistem Pengurusan Hutan Paya Gambut
  14. Sistem Tanaman Lada
  15. Sistem Geoinformasi Tanaman Koko
  16. Sistem Pengurusan Pembangunan MPAJ (Sistem e-Slope)
  17. Sistem Pembangunan Pangkalan Data Bersepadu Biodiversiti Kebangsaan (MyGeoBioD)
  18. Sistem Pengurusan Tanaman Padi – IADA ROMPIN
  19. Sistem e-Pesisir Semenanjung Malaysia Versi 2.0
  20. Sistem Maklumat Program Pembangunan Ladang Hutan e-PPLH
  21. Sistem Pengurusan Sumber Perikanan Marin dan Akuakultur (PASMA)
  22. Sistem Guna Tanah Sabah (MyGTS)
  23. Sistem Pengurusan Taman Eco-Rimba dan Taman Negeri
  24. Sistem Pengurusan Tanaman Padi Jelapang Malaysia (IADA Pulau Pinang)
  25. Sistem Pengurusan Tanaman Padi Jelapang Malaysia Versi 1.0
  26. Sistem Pengurusan Tanaman Padi Jelapang Malaysia KEMASIN SEMERAK
  27. Sistem Pengurusan Maklumat Pesisiran Pantai Negara (e-PESISIR) Versi 1.0
  28. Sistem Penyaluran Air Bawah Tanah (Lembangan Sungai Muar)
  29. Sistem Pemantauan Hutan Versi 2 (FMRS Plus)
  30. Electronic Management of Matang Mangrove Forest(e-MMFR) Versi 1
  31. Sistem Pengurusan Tanaman Padi Jelapang Malaysia Versi 1 (MADA)
  32. Sistem Maklumat Pembangunan Sekolah (SMPS) Versi 1
  33. Sistem Penentuan Lokasi Penangkapan Ikan (FSI)
  34. Sistem GIS Joint Intelligence Preparation of Battlespace (JIPB)
  35. Sistem Maklumat Kebakaran Hutan (FORFIS)
  36. Integrated National Remote Sensing-based Geospatial Biodiversity Management System
  37. Sistem e-Nilaian Harta Tanah
  38. Sistem iDENGUE untuk Komuniti
  39. Sistem Pengurusan Tanaman Padi Jelapang Malaysia (IADA KETARA)
  40. Sistem Pengurusan Tanaman Padi Jelapang Malaysia (KADA)
  41. Sistem Pengurusan Tanaman Padi Jelapang Malaysia (IADA Kemasin Semerak)
  42. Sistem Pengurusan Tanaman Padi Jelapang Malaysia (IADA Seberang Perak)
  43. Sistem Pengurusan Tanaman Padi Jelapang Malaysia Versi 1 (IADA BLS)
  44. Sistem Pengurusan Wabak Denggi (SPWD)
  45. Project Audit Geospatial System (PAGeS)