MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

ANUGERAH PENARAFAN BINTANG SASARAN PENTING TAHUN 2023 (APBSP)
Kompleks Operasi Angkasa (SOC), Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) telah berjaya mencapai tahap penarafan 5 Bintang yang berstatus Cemerlang bagi Anugerah Penarafan Bintang Sasaran Penting Tahun 2023 (APBSP). MYSA telah dipilih daripada 29 instalasi sasaran penting yang terbabit dan telah dinilai tahap pematuhan terhadap aspek tadbir urus, keselamatan fizikal, keselamatan dokumen, keselamatan peribadi dan keselamatan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).
.
Tujuan APBSP ini dilaksanakan adalah bagi menilai dan seterusnya memberi pengiktirafan kepada Sistem Tadbir Urus Keselamatan Perlindungan yang terbaik di Instalasi Sasaran Penting serta mewujudkan persaingan yang baik ke arah meningkatkan komitmen instalasi-instalasi secara konsisten dengan mengamal, melaksana dan menguatkuasakan keselamatan perlindungan pada tahap terbaik untuk dijadikan sebagai contoh kepada Instalasi Sasaran Penting yang lain.
.
Anugerah telah disampaikan oleh YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail (Menteri Dalam Negeri) kepada YBrs. Gs. Haji Azlikamil bin Napiah, Ketua Pengarah MYSA dengan disaksikan oleh YBhg. Datuk Haji Ruji bin Haji Ubi Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri dan YBhg. Dato’ Rahimi bin Ismail Ketua Pengarah Keselamatan Kerajaan Malaysia semasa Majlis Penyampaian APBSP Tahun 2023 pada 16 November 2023 di Pusat Konvensyen Leo Moggie, TNB Platinum, Bangsar, Kuala Lumpur.
Skip to content