MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

The 6th Asia-Oceania Space Weather Alliance Workshop (AOSWA 2023)
YBrs. Gs. Haji Azlikamil bin Napiah, Ketua Pengarah Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) hari ini telah dijemput untuk menyampaikan ucap tama bertajuk ‘Space Weather Forecast: Malaysia’s Distinctive Insight’ di The 6th Asia-Oceania Space Weather Alliance Workshop (AOSWA 2023) yang diadakan di Bangi Resort Hotel, Selangor. Persidangan antarabangsa anjuran Pusat Sains Angkasa (ANGKASA) di bawah Institut Perubahan Iklim (IPI), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan National Institute of Information and Communications Technology (NICT) ini berlangsung pada 9 hingga 11 Oktober 2023. Persidangan ini juga merupakan salah satu pengisian yang diadakan bersempena World Space Week 2023 Malaysia Chapter.
.
Dalam ucap tama tersebut, beliau telah membentangkan kepentingan ilmu pengetahuan berkaitan cuaca angkasa kepada negara untuk membentuk strategi yang betul, penciptaan teknologi baharu yang efektif serta menggunakan pendekatan mitigasi yang berkesan.
.
Panel jemputan lain yang turut menyampaikan ucaptama semasa sesi ini ialah Prof. Erna Sri Adiningsih, Indonesian Space Agency Secretariat, National Research and Innovation Agency (BRIN), Indonesia. Sesi ini telah dipengerusikan oleh YBrs. Prof. Ir. Dr. Mardina binti Abdullah, Timbalan Pengarah IPI, UKM.
Skip to content