MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

ANUGERAH PENCAPAIAN SEPANJANG HAYAT APSCC KEPADA KP MYSA 
YBrs. Gs. Haji Azlikamil bin Napiah, Ketua Pengarah Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) telah dinobatkan sebagai penerima Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat daripada Asia-Pacific Satellite Communications Council (APSCC). Pemilihan beliau sebagai penerima anugerah ini adalah berdasarkan latar belakang dan pencapaian inovasi dalam aktiviti melibatkan satelit, serta kepimpinan dalam membangunkan perkhidmatan melalui satelit di rantau Asia Pasifik.
.
Anugerah telah disampaikan oleh YBrs. Encik Yau Chyong Lim, Ahli Lembaga Pengarah APSCC, merangkap Ketua Pegawai Operasi MEASAT semasa Majlis Makan Malam APSCC 2023 Satellite Conference and Exhibition di Sheraton Imperial Kuala Lumpur pada 10 Oktober 2023.
Skip to content