MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

ANUGERAH KHAS KESELAMATAN PERLINDUNGAN TAHUN 2023
Ibu Pejabat Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) telah terpilih sebagai penerima Anugerah Khas Keselamatan Perlindungan bagi penilaian tahun 2023 di bawah kategori sektor awam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
.
Anugerah ini merupakan pengiktirafan ke atas tadbir urus terbaik di peringkat Kementerian, Jabatan Persekutuan, Badan Berkanun Persekutuan, Jabatan Persekutuan Peringkat Negeri dan Jabatan di bawah Pentadbiran Kerajaan Negeri termasuk Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan. Tujuan pelaksanaan anugerah ini adalah untuk mewujudkan persaingan bagi meningkatkan komitmen Ketua Jabatan dan Pegawai Keselamatan Jabatan agar sentiasa konsisten dalam mengamal, melaksana dan menguatkuasakan keselamatan perlindungan di tahap yang terbaik sehingga diberi pengiktirafan di peringkat tertinggi.
.
Anugerah telah disampaikan oleh YBhg. Dato’ Sri Wan Ahmad Dahlan bin Haji Abdul Aziz, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam mewakili YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Mohd Zuki bin Ali, Ketua Setiausaha Negara kepada YBrs. Gs. Haji Azlikamil bin Napiah, Ketua Pengarah MYSA semasa Majlis Perasmian Konvensyen Keselamatan Perlindungan Peringkat Kebangsaan Tahun 2024 di Dewan Damar Sari, Putrajaya pada 28 Mei 2024.
ANUGERAH KHAS KESELAMATAN PERLINDUNGAN TAHUN 2023
Anugerah Khas Keselamatan Perlindungan Tahun 2023
Skip to content