MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

ANUGERAH GEOSPATIAL WORLD EXCELLENCE AWARD 2023

 

ROTTERDAM, BELANDA 6 Mei 2023 – Agensi Angkasa Malaysia (MYSA), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah memenangi anugerah Geospatial World Excellence Award 2023 bagi kategori penggunaan dan penyelesaian teknologi geospatial angkasa dalam bidang keselamatan makanan dan pertanian pada 5 Mei 2023. Penganugerahan ini dianjurkan sempena persidangan Geospatial World Forum 2023 yang berlangsung daripada 2 hingga 5 Mei 2023 bertempat di Postillion Hotel and Convention Centre, World Trade Centre Rotterdam, The Netherlands. Melalui pertandingan ini, MYSA telah mempertaruhkan inisiatif inovasi memanfaatkan teknologi geospatial angkasa remote sensing dalam membangun serta mengoperasikan Sistem Maklumat Geospatial Padi (MakGeoPadi). Penyertaan inisiatif MYSA ini telah berjaya menyakinkan pihak juri untuk dipilih sebagai pemenang berbanding lebih 140 penyertaan yang diterima oleh pihak penganjur daripada seluruh dunia.
.
Sistem MakGeoPadi yang dipilih memenangi anugerah ini telah dibangunkan melalui kerjasama strategik dengan Jabatan Pertanian Malaysia (DOA), Lembaga Pertubuhan Peladang, dan MARDI pada tahun 2010. Sistem ini telah dioperasikan secara berterusan sehingga kini dan mampu membantu pihak berkuasa berkaitan mengurus dan memantau tanaman padi di 12 jelapang padi negara secara lebih cekap serta berkesan menggunakan kelebihan teknologi geospatial angkasa remote sensing. Penggunaan sistem ini juga telah memberi manfaat kepada sekitar 192,663 pesawah padi di seluruh negara.
.
Skip to content