MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

AKTIVITI CERAPAN HILAL BAGI PENENTUAN AWAL ZULHIJAH 1446H PADA 27 MEI 2025
▪️Sekitar aktiviti cerapan hilal bagi penentuan awal Zulhijah 1446H telah diadakan pada 27 Mei 2025, bertempat di Pemandangan Indah, Langkawi, Kedah. Lokasi tersebut merupakan salah satu daripada 29 lokasi cerapan di seluruh Malaysia. Cerapan rasmi ini adalah di bawah kelolaan Jabatan Mufti Negeri Kedah.
.
▪️Pasukan Observatori Negara Langkawi (ONL) Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) telah dilantik sebagai anggota Jawatankuasa Teknikal Cerapan Hilal oleh Jabatan Mufti Negeri Kedah. MYSA berperanan memberi khidmat teknikal dalam melaksanakan pencerapan hilal dengan menggunakan instrumentasi teleskop. 🔭 🤝
.
▪️Turut terlibat sama, wakil pegawai daripada Jabatan Agama Daerah Langkawi dan Jabatan Ukur dan Pemetaan (JUPEM) Kedah.
Skip to content