MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

PENYERTAAN MYSA DALAM PERSIDANGAN THE 45TH ASIAN CONFERENCE ON REMOTE SENSING (ACRS2024) DI SRI LANKA PADA 17-21 NOVEMBER 2024
Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) telah menyertai persidangan The 45th Asian Conference on Remote Sensing (ACRS 2024) yang berlangsung di Monarch Imperial, Sri Jayewardenepura Kotte, Sri Lanka, 17 hingga 21 November 2024. Delegasi MYSA diketuai oleh YBrs. Encik Samsuddin bin Omar, Timbalan Ketua Pengarah (Penyelidikan dan Pembangunan).
 
Bertemakan “Stepping Towards Economic Sustainability through Spatial Data Services”, penglibatan MYSA di ACRS 2024 kali ini:
▪️Mesyuarat Asian Association on Remote Sensing (AARS).
▪️Pembentangan kertas kerja penyelidikan:
1️⃣ Deep Learning Model for Automated Detection of Solid Waste Dumping Sites Using Satellite Imagery
2️⃣ Sedimentation Dynamics Analysis in the Muda Dam Watershed Using the USLE
3️⃣ Implementing The Sarawak Land Cover System with Space Technologies (LIMPAS)
4️⃣ CO2 Estimation Sequestration of Mangrove Forests Using Remote Sensing in Sabah
.
Persidangan ini merupakan platform untuk:
▪️Kolaborasi antarabangsa dalam remote sensing & Sistem Maklumat Geografi [Geographical Information System (GIS)]
▪️Pembentangan penyelidikan berkaitan teknologi angkasa.
▪️Perbincangan isu global seperti biodiversiti, pengurusan bencana dan perubahan iklim.
Skip to content