Persidangan tahunan ‘The 43rd Asian Conference On Remote Sensing’ (ACRS 2022) bertemakan ‘”Remote Sensing for Natural and Land Resources Towards Digital Twin” telah diadakan di Ulaanbatar, Mongolia, Persidangan ini telah berlangsung pada 3-5 Oktober 2022 secara hibrid.
.
Persidangan ini diadakan bertujuan untuk menyediakan platform kepada ahli ‘Asian Association on Remote Sensing (AARS) dalam sektor kerajaan, industri dan ahli akademik bertemu, berkongsi ilmu dan membincangkan mengenai teknologi remote sensing dan teknologi berkaitan.
.
Sebanyak empat kertas kerja penyelidikan telah dibentangkan oleh pegawai penyelidik MYSA secara dalam talian semasa persidangan ini iaitu:
.
1. Assessing And Analyzing The Correlation Between Crime and Built-Up Index Using Multi-Temporal Landsat Images In Peninsular Malaysia oleh Pn. Noryusdiana Binti Mohammad Yusof;
.
2. Performance Comparison between Convolutional Neural Network and Supervised Multiresolution Segmentation for Actual Paddy Planted Area oleh En. Zainal Abidin Bin Hasan;
.
3. Quantification Of Total Suspended Solids In Muda Dam Using Multi-Temporal Landsat Operational Land Imager (OLI) oleh Pn. Maizatuldura Mohd Isa; dan
.
4. Comparison of Support Vector Machine (SVM) and Maximum Likelihood Classification (MLC) for Nipa Palm (Nypa fruticans) Extent in East Coast of Sabah, Malaysia oleh Mohd Arif Shahdan Bin Azmi.
.
Penyertaan pegawai penyelidik MYSA dalam persidangan tahunan ini akan dapat menjana pengetahuan dalam perkembangan teknologi terkini bidang remote sensing dan teknologi lain yang berkaitan.
.