Program Penyelidikan dan Pembangunan (R & D) MYSA ini telah dirumuskan untuk menyokong agensi pengguna dalam pengurusan pengeluaran pertanian, sumber asli, alam sekitar, bencana, keselamatan dan pembangunan tanah. Program ini juga turut melaksanakan arahan yang dikeluarkan oleh jemaah menteri untuk menggunakan teknologi remote sensing bagi membantu agensi pelaksana dalam perancangan, pembangunan dan pengurusan sumber negara. Kejayaan program ini berjaya dicapai melalui penyertaan aktif oleh agensi-agensi kerajaan, institusi pengajian tinggi dan juga sektor swasta.
SISTEM APLIKASI REMOTE SENSING PELBAGAI SEKTOR (GovRS-Apps)
GovRS-Apps adalah platform utama yang komprehensif dan bersepadu bagi sistem-sistem aplikasi pelbagai sektor/bidang berteraskan teknologi remote sensing, Sistem Maklumat Geografi (GIS) dan ICT. Sistem-sistem aplikasi ini mengandungi imej satelit remote sensing dan maklumat geospatial pelbagai sektor/bidang seperti pertanian dan perikanan, sumber asli dan alam sekitar, bencana, kesihatan persekitaran, pembangunan tanah, penilaian dan pengurusan hartanah, pengauditan alam sekitar dan pembangunan fizikal, keselamatan dan pertahanan negara.
Pembangunan dan pengoperasian pelbagai sistem aplikasi ini dilaksanakan secara dalaman oleh MYSA semenjak tahun 2008 dengan kerjasama strategik pelbagai agensi kerajaan. Pelaksanaan peranan ini adalah selaras dengan objektif penubuhan MYSA sebagai agensi penyelidikan dan pembangunan sektor angkasa dan pusat sehenti bagi sains, teknologi dan aplikasi angkasa. Sehingga kini, MYSA telah membangunkan 50 sistem aplikasi strategik di bawah GovRS-Apps yang telah dimanfaatkan oleh lebih 80 agensi kerajaan.
Pelaksanaan peranan ini juga adalah selaras dengan keputusan Mesyuarat Ketua Setiausaha Kementerian dan Ketua Perkhidmatan Bilangan 10 Tahun 2012 supaya semua agensi kerajaan mengguna pakai sistem aplikasi remote sensing ini dalam mempertingkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan.
Di bawah kerjasama pembangunan sistem aplikasi secara dalaman ini, MYSA berperanan sebagai Subject Matter Expert (SME) dalam bidang teknologi angkasa iaitu remote sensing dan GPS serta bidang berkaitan seperti ICT dan GIS. Manakala agensi kerajaan berperanan sebagai SME dalam bidang masing-masing.
SENARAI SISTEM APLIKASI REMOTE SENSING PELBAGAI SEKTOR