LOGO MYSA MOSTI NEW BI B

MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

PROGRAM AKRAB MYSA 2026 – KEMAHIRAN PSIKOLOGI: PSYCHOLOGY TOOLS AT WORK PADA 19 OKTOBER 2026
Program Pembimbing Rakan Penjawat Awam (AKRAB) Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) Tahun 2026 telah berjaya dilaksanakan pada 19 Oktober 2026 dengan kerjasama Unit Integriti MYSA.
.
Program yang disertai kira-kira 100 orang warga MYSA secara fizikal dan dalam talian ini bertujuan memperkukuh kemahiran psikologi, memantapkan nilai integriti, serta menyokong kesejahteraan warga kerja selaras dengan aspirasi perkhidmatan awam.
.
Antara pengisian utama program termasuk:
▪️Ceramah “Kemahiran Psikologi: Psychology Tools at Work” (teknik WIKI) oleh Puan Jamaida binti Jamaludin, Pegawai Psikologi KWSP;
▪️Aktiviti Japanese Energizer (ice breaking); serta
▪️Slot Sembang Integriti dan sesi AKRAB.
.
Penganjuran ini diharap dapat membina warga kerja MYSA yang berdaya tahan, berintegriti, dan berprestasi tinggi ke arah keharmonian kendiri serta penyampaian perkhidmatan yang berkesan.
.
Angkasa untuk semua | Space for All
🌎📡🔭🚀🛰️
Skip to content