LOGO MYSA MOSTI NEW BI B

MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

PROGRAM HARI INOVASI MYSA 2026 PADA 16 OKTOBER 2026
Program Hari Inovasi MYSA 2026 telah berjaya dianjurkan pada 16 Oktober 2026 (Jumaat) sebagai platform tahunan bagi memperkukuh budaya kreativiti dan inovasi dalam kalangan warga MYSA, selaras dengan aspirasi sektor awam ke arah penyampaian perkhidmatan yang lebih cekap, berkesan dan berimpak tinggi.
 
Program ini telah disertai oleh kira-kira 100 orang warga MYSA dengan pengisian merangkumi sesi perkongsian ilmu oleh penceramah jemputan serta Pertandingan Idea Inovatif MYSA 2026 yang melibatkan lapan kumpulan.
 
Antara pengisian utama ialah ceramah bertajuk “Innovative Design Thinking in the Era of AI” yang disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Samsuzana Abd Aziz dari Universiti Putra Malaysia (UPM), yang memberikan pendedahan mengenai pendekatan pemikiran reka bentuk (Design Thinking) serta pemanfaatan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) dalam penjanaan idea dan pembangunan inovasi.
 
Secara keseluruhannya, program ini diharap dapat meningkatkan kreativiti, menggalakkan penghasilan idea inovatif serta memperkukuh budaya inovasi ke arah peningkatan produktiviti dan keberkesanan penyampaian perkhidmatan MYSA.
Skip to content