Susulan daripada perjumpaan sulung pada Mac lepas, YBhg. Dato’ Gs. Haji Azlikamil bin Napiah, Ketua Pengarah Agensi Angkasa Malaysia (MYSA), telah mengadakan lawatan tapak bagi memantau perkembangan terkini Projek Kampung Angkat MADANI (KAM) MYSA Tahun 2026 di Kampung Sungai Sireh, Tanjung Karang, Selangor pada 11 September 2026.
.
Lawatan ini bertujuan meneliti secara mendalam pelaksanaan dan kemajuan fizikal projek-projek yang telah dirancang bersama pihak Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Sungai Sireh. Kehadiran beliau turut diiringi oleh YBrs. Puan Norhazlina binti Alim, Pengerusi JPKK Kampung Sungai Sireh.
.
Tumpuan lawatan tapak ini merangkumi pemantauan:
– kemajuan pembinaan Pusat Komuniti Kampung yang merangkumi dewan terbuka serbaguna, gelanggang permainan dan taman permainan kanak-kanak;
– Kemudahan stor penyimpanan serta ketersediaan peralatan bagi latihan pengendalian dron bertauliah untuk anak-anak muda tempatan; dan
– Ruang penyimpanan serta pemasangan mesin pemprosesan padi bagi menyokong pengeluaran beras tempatan kampung.
MYSA sentiasa komited memastikan setiap projek di bawah program KAM MYSA 2026 ini berjalan mengikut jadual demi memperkasakan keupayaan ekonomi, sosial dan teknologi komuniti luar bandar secara mampan dan inklusif.
.
Angkasa untuk semua | Space for All