Penyertaan Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) di Malaysia Aerospace Summit 2026 (MyAERO Summit 2026), 26 Jun 2026. Program menjadi platform bagi memperkenalkan fungsi, kepakaran dan perkhidmatan MYSA kepada pengunjung dan pemain industri menerusi pameran dan sesi Tech Talk.
.

pameran pembangunan sistem aplikasi berasaskan teknologi angkasa yang dibangunkan oleh MYSA bagi menyokong tadbir urus dan operasi Kementerian/jabatan/ Agensi Kerajaan merentas pelbagai sektor melalui penggunaan data geospatial dan teknologi angkasa.

pameran aset Unmanned Aircraft System (UAS) MYSA yang terkini; dan penggunaan dalam pengoperasian pertahanan, perisikan keselamatan serta pengurusan bencana.

Technomart Malaysia Talk Series: Dr. Elena Woo Lai Leng, Pegawai Penyelidik MYSA telah berkongsi mengenai Fasiliti Pemasangan, Integrasi dan Pengujian (Assembly, Integration and Test – AIT), MYSA di pentas Technomart Malaysia Talk Series – “Advancing Malaysia’s Environmental Testing Infrastructure for Space & High-Reliability Industries”.

MyAERO Summit 2026 berlangsung dari 25 hingga 27 Jun 2026, MAEPS, Serdang. Esok merupakan hari terakhir dan dibuka kepada orang awam. Jangan lepaskan peluang untuk mengunjungi reruai MYSA dan mengetahui dengan lebih dekat bagaimana teknologi angkasa dimanfaatkan untuk kesejahteraan negara.
.
Angkasa untuk Semua | Space for All