MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

SEMINAR CYBERSMART: MEMPERKASA BUDAYA KESELAMATAN MAKLUMAT PADA 8 JUN 2026
Seminar Cybersmart: Memperkasa Budaya Keselamatan Maklumat telah diadakan pada 8 Jun 2026 di Dewan Seminar Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) sebagai komitmen MYSA dalam memperkukuh kesedaran warga kerja terhadap perlindungan infrastruktur dan aset ICT, tanggungjawab menjaga keselamatan data serta maklumat selaras dengan peraturan yang berkuat kuasa, di samping menggalakkan penggunaan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) secara beretika, selamat dan bertanggungjawab.
.
Perasmian seminar telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Gs. Haji Azlikamil bin Napiah, Ketua Pengarah MYSA. Keselamatan maklumat merupakan agenda strategik organisasi yang memerlukan komitmen, keprihatinan dan pematuhan berterusan daripada setiap warga kerja. Justeru, MYSA terus memperkasa tadbir urus dan amalan terbaik keselamatan melalui pelaksanaan Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat (ISMS) berasaskan piawaian antarabangsa ISO/IEC 27001. Ini bagi memastikan keselamatan maklumat meliputi keselamatan fizikal, sumber manusia, perkakasan, perisian, data dan dokumen sentiasa berada pada tahap yang terbaik, selamat dan terpelihara.
.
Pengisian seminar meliputi topik:
▪️AI dan Keselamatan Data oleh CyberSecurity Malaysia.
▪️Keselamatan ICT oleh Bahagian Pembangunan ICT dan Geoinformatik MYSA.
▪️Tadbir Urus Sasaran Penting Negara oleh Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia W.P Kuala Lumpur.
Skip to content