YBrs. Encik Samsuddin bin Omar, Timbalan Ketua Pengarah (Penyelidikan dan Pembangunan) Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) menerima kunjungan hormat delegasi Majlis Daerah Kampar (MDKpr)yang diketuai oleh YBrs. Tuan Ahmad Suqairy bin Alias, Yang Dipertua MDKpr ke Ibu Pejabat MYSA, Kuala Lumpur pada 20 April 2026.
.
Kunjungan merupakan usaha awal bagi potensi kerjasama strategik antara kedua-dua agensi dalam pembangunan sistem aplikasi terbitan teknologi angkasa untuk digunakan dalam tadbir urus MDKpr.
.
Delegasi turut dibawa melawat ke stesen kerja (work station) bagi melihat pengoperasian sistem aplikasi yang telah dibangunkan oleh MYSA. Sehingga kini, MYSA telah membangunkan 65 sistem aplikasi yang telah dimanfaatkan oleh lebih 90 agensi pengguna Kerajaan.
.
Angkasa untuk semua | Space for all