YBhg. Datoโ Gs. Haji Azlikamil bin Napiah, Ketua Pengarah Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) menerima kunjungan hormat daripada YBhg. Dato’ Ir. Dr. Hj. Nasehir Khan bin EM Yahaya, Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) pada 12 Mac 2026 di Ibu Pejabat MYSA, Kuala Lumpur.
ย
Kerjasama strategik MYSA dan NAHRIM telah terjalin sejak 2022 menerusi Program Penyelidikan dan Pembangunan berteraskan teknologi angkasa bagi menyokong kajian dalam bidang air dan persekitaran. Kerjasama ini menggabungkan kepakaran kedua-dua agensi dalam bidang penyelidikan hidrologi, pemodelan hidrodinamik, teknologi remote sensing dan Sistem Maklumat Geografi (GIS).
.
Delegasi NAHRIM turut dibawa melawat ke stesen kerja (work station) bagi melihat pengoperasian sistem aplikasi terbitan teknologi angkasa yang telah dibangunkan oleh MYSA.
.
Angkasa untuk semua | Space for all