MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

MESYUARAT JAWATANKUASA PEMANDU BIL. 1/2026 PROJEK SISTEM PENGURUSAN PERIKANAN BERSEPADU BERASASKAN TEKNOLOGI ANGKASA (SISTEM MYDOFGIS) PADA 5 FEBRUARI 2026
Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Bil. 1/2026 Projek Sistem Pengurusan Perikanan Bersepadu Berasaskan Teknologi Angkasa (Sistem MyDOFGiS) telah diadakan pada 5 Februari 2026 di Ibu Pejabat, Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) Kuala Lumpur.
.
Mesyuarat telah dipengerusikan secara bersama oleh YBhg. Dato’ Gs. Haji Azlikamil bin Napiah, Ketua Pengarah MYSA; dan YBhg. Dato’ Hj. Adnan bin Hussain, Ketua Pengarah, Jabatan Perikanan Malaysia (DOF).
.
Mesyuarat ini merangkumi pembentangan status kemajuan projek dan perancangan strategik bagi aktiviti akan datang.
.
Menerusi kerjasama Projek MyDOFGiS, skop kerjasama telah diperluaskan kepada semua aktiviti sektor perikanan dan akuakultur yang meliputi zon darat, pesisir pantai dan juga marin di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.
◾️Sistem MyDOFGiS berteraskan teknologi angkasa meliputi teknologi penderiaan jauh (remote sensing), Sistem Maklumat Geografi [Geographical Information System (GIS)], Sistem Penentududukan Sejagat [Global Positioning System (GPS)] dan penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi [Information and Communication Technology (ICT)].
◾️Tujuan:
☑️meningkatkan kecekapan penyampaian maklumat perikanan bagi tujuan pengurusan dan perancangan yang komprehensif
☑️meningkatkan keberkesanan dalam pemantauan dan cerapan data perikanan
☑️memudahkan pengurusan regulasi keselamatan makanan untuk memenuhi perundangan bagi pemasaran produk perikanan.
.
Kerjasama ini merupakan terjemahan komitmen kedua-dua agensi untuk melalui Nota Kerjasama ProjekSistem MyDOFGiS antara MYSA dengan DOF yang telah dimeterai pada September 2024.
.
Angkasa untuk semua | Space for all
🌎📡🔭🚀🛰️
Skip to content