MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

HARI KESEDARAN KESIHATAN MYSA 2025 PADA 29 SEPTEMBER 2025
Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) perkasa gaya hidup sihat dan kesihatan mental di Hari Kesedaran Kesihatan MYSA 2025. Perasmian program telah disempurnakan oleh YBrs. Encik Samsuddin bin Omar, Timbalan Ketua Pengarah (Penyelidikan & Pembangunan) MYSA pada 29 September 2025, bertempat di Ibu Pejabat MYSA, Kuala Lumpur.
.
Sebagai barisan tenaga kerja yang memikul amanah dalam misi sains dan teknologi angkasa negara, kesihatan diri yang baik adalah penting untuk kekal cergas, positif, dan berdaya saing. 🌎📡🔭🚀🛰️
✨ Antara pengisian:
▪️Senamrobik
▪️MYSA Big Walk
▪️Nintendo Switch Sport
▪️Smart Bike Trainer
▪️Just Dance Challenge
▪️Ceramah kesihatan bertajuk ‘Kesejahteraan Kesihatan Mental di Tempat Kerja’ oleh Tuan Hairulnizam bin Abdullah, Penolong Pengarah Kanan (Psikologi), JKWPKLP
.
Program bersempena Bulan Malaysia Sihat Sejahtera (BMSS) ini mendapat kerjasama strategik Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya (JKWPKLP), PUSPANITA Cawangan Kecil MYSA serta Kelab Sosial dan Sukan MYSA (MYSAC).
.
Bersama kita jadikan kesihatan sebagai budaya kerja MYSA demi kecemerlangan diri, organisasi, dan negara. 💪
Skip to content