MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

TEMU BUAL LANGKAWI FM PADA 6 SEPTEMBER 2025
Terima kasih LANGKAWIfm atas jemputan kepada Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) ke studio pada 6 September 2025, berkongsi mengenai Sains Angkasa dan Fenomena Gerhana Bulan Penuh.
▪️Program Cerapan Gerhana Bulan Penuh oleh MYSA dengan kerjasama MAHA Tower dan Tourism Malaysia akan diadakan di MAHA Tower, Langkawi, pada 7 – 8 September 2025, 11.00 malam – 5.00 pagi. Jumpa kami di sana.
▪️Fenomena Gerhana Bulan Penuh akan dapat disaksikan pada 7 – 8 September 2025, bermula pukul 11.28 malam hingga 4.55 pagi waktu Malaysia. 👌Pencerapan tertakluk kepada keadaan cuaca.
▪️Di Malaysia, keseluruhan fasa dapat dilihat dengan jelas (bergantung kepada keadaan cuaca), sama ada dengan mata kasar, binokular atau teleskop.
🎯 Lokasi cerapan diadakan di seluruh Malaysia. Rujuk poster untuk senarai lokasi berhampiran anda.
Skip to content