MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

KEMUNCAK FENOMENA HUJAN METEOR PERSEIDS PADA 12 OGOS 2025
KEMUNCAK FENOMENA HUJAN METEOR PERSEIDS PADA 12 OGOS 2025
KEMUNCAK FENOMENA HUJAN METEOR PERSEIDS PADA 12 OGOS 2025
KEMUNCAK FENOMENA HUJAN METEOR PERSEIDS PADA 12 OGOS 2025
KEMUNCAK FENOMENA HUJAN METEOR PERSEIDS PADA 12 OGOS 2025
๐Š๐ž๐ฆ๐ฎ๐ง๐œ๐š๐ค ๐Ÿ๐ž๐ง๐จ๐ฆ๐ž๐ง๐š ๐ข๐ง๐ข ๐๐ข๐ฃ๐š๐ง๐ ๐ค๐š ๐›๐ž๐ซ๐ฅ๐š๐ค๐ฎ ๐ฉ๐š๐๐š ๐ฅ๐ž๐ฐ๐š๐ญ ๐ฆ๐š๐ฅ๐š๐ฆ ๐Ÿ๐Ÿ ๐Ž๐ ๐จ๐ฌ ๐ก๐ข๐ง๐ ๐ ๐š ๐š๐ฐ๐š๐ฅ ๐ฉ๐š๐ ๐ข ๐Ÿ๐Ÿ‘ ๐Ž๐ ๐จ๐ฌ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ“, ๐๐ž๐ง๐ ๐š๐ง ๐š๐ง๐ ๐ ๐š๐ซ๐š๐ง ๐ฌ๐ž๐ก๐ข๐ง๐ ๐ ๐š ๐Ÿ๐ŸŽ๐ŸŽ ๐ฆ๐ž๐ญ๐ž๐จ๐ซ ๐๐š๐ฉ๐š๐ญ ๐๐ข๐ฅ๐ข๐ก๐š๐ญ ๐๐š๐ฅ๐š๐ฆ ๐ฌ๐š๐ญ๐ฎ ๐ฃ๐š๐ฆ.
โ–ช๏ธFenomena Hujan Meteor Perseids berlaku setiap tahun antara 17 Julai hingga 24 Ogos. Fenomena ini boleh disaksikan dengan mata kasar sahaja, tanpa memerlukan teleskop atau sebarang alat instrumen lain, asalkan pemerhati berada di kawasan yang gelap dan bebas daripada pencemaran cahaya.
ย 
โ–ช๏ธTahun ini, kemuncak fenomena ini dijangka berlaku pada lewat malam 12 Ogos hingga awal pagi 13 Ogos 2025, dengan anggaran sehingga 100 meteor dapat dilihat dalam satu jam. Namun, bagi pemerhati di Malaysia, kenampakan mungkin tidak begitu jelas kerana kehadiran Bulan dalam fasa sukuan akhir (waning gibbous), yang boleh menyebabkan langit menjadi lebih cerah dan mengurangkan bilangan meteor yang kelihatan.
ย 
โ–ช๏ธHujan Meteor Perseids merujuk kepada titik kemunculan hujan meteor di langit iaitu di kawasan buruj Perseus. Walaupun begitu, meteor sebenarnya boleh muncul dari pelbagai arah langit. Fenomena ini berlaku apabila Bumi melintasi laluan orbit Komet Swift-Tuttle semasa mengelilingi Matahari setiap tahun.
ย 
โ–ช๏ธKomet Swift-Tuttle dianggarkan mempunyai nukleus yang berdiameter sebesar 26 kilometer dan mengambil masa selama 133 tahun untuk melengkapkan orbitnya. Komet ini kali terakhir mendekati Bumi pada tahun 1992 dan dijangkakan akan menghampiri Bumi semula pada tahun 2126. Semasa komet tersebut mengorbit menghampiri Matahari, debu-debu komet yang terbebas disebabkan oleh proses pemejalwapan akhirnya akan berserakan dan membentuk laluan yang dipenuhi dengan sisa-sisa komet tersebut. Sisa tinggalan ini akhirnya akan memasuki atmosfera Bumi dan terbakar lalu membentuk jalur bersinar yang panjang.
ย 
๐—ง๐—ถ๐—ฝ๐˜€ ๐˜†๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—ฏ๐—ผ๐—น๐—ฒ๐—ต ๐—ฑ๐—ถ๐—ด๐˜‚๐—ป๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐˜‚๐—ป๐˜๐˜‚๐—ธ ๐—บ๐—ฒ๐—ป๐—ฐ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐—ฝ ๐—›๐˜‚๐—ท๐—ฎ๐—ป ๐— ๐—ฒ๐˜๐—ฒ๐—ผ๐—ฟ ๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐˜€๐—ฒ๐—ถ๐—ฑ๐˜€:
โœ…Pilih lokasi gelap โ€“ jauhkan diri dari pencemaran cahaya bandar, cari kawasan terbuka seperti taman atau pinggir bandar.
โœ…Pastikan pencerapan dilakukan di kawasan yang lapang dan tiada halangan seperti bangunan tinggi, pokok atau rumah.
โœ…Cuba dapatkan permandangan langit yang luas.
โœ…Sesuaikan mata dengan tahap kegelapan selama 15 – 20 minit.
โœ…Tidak perlu fokus ke arah buruj Perseus sahaja untuk melihat meteor-meteor ini. Ia boleh muncul dari pelbagai arah dan pada bila-bila masa.
ย 
๐—ก๐—ข๐—ง๐—” ๐—ž๐—”๐—ž๐—œ
โ–ถ๏ธKomet โ€“ pepejal gabungan antara batuan debu dan ais yang tersebar apabila mengorbit mendekati matahari.
โ–ถ๏ธPerseus โ€“ buruj di langit utara. Ia terletak di antara buruj Auriga dengan buruj Cassiopeia. Mirfak adalah bintang yang paling terang di Persues dan saiznya lebih besar daripada Matahari.
โ–ถ๏ธMeteor โ€“ Cahaya di langit akibat batu angkasa terbakar dalam atmosfera. Ia juga dikenali sebagai โ€œtahi bintangโ€.
โ–ถ๏ธHujan meteor โ€“ berlaku apabila banyak meteor muncul di langit dalam satu malam atau selang beberapa malam. Ia berlaku apabila Bumi melintasi laluan serpihan yang ditinggalkan oleh komet.
โ–ถ๏ธFireball โ€“ meteor yang besar atau masuk dengan kelajuan tinggi ke atmosfera Bumi, menghasilkan cahaya yang sangat terang. Kadangkala boleh menerangi seluruh kawasan sekeliling seperti kilat.
ย 
๐ŸŒ๐—ฆ๐—จ๐— ๐—•๐—˜๐—ฅ ๐—ฅ๐—จ๐—๐—จ๐—ž๐—”๐—ก
Skip to content