MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

SESI LIBAT URUS BIDANG STI MALAYSIA-NEW ZEALAND PADA 21 JULAI 2025
YBhg. Datuk Ts. Dr. Mohd Nor Azman Hassan, Timbalan Ketua Setiausaha, (Pembangunan Teknologi) MOSTI telah mengadakan sesi libat urus dalam bidang STI bersama dengan TYT Michael Wehi Mailetonga Walsh, Pesuruhjaya Tinggi New Zealand ke Malaysia.
Objektif sesi pertemuan ini adalah untuk membincang dan merintis potensi kerjasama dalam bidang sains, teknologi dan inovasi (STI) antara kedua-dua negara. Malaysia dan New Zealand telah menyatakan komitmen bersama untuk memperkukuh kerjasama dalam bidang STI merangkumi sektor angkasa dan rantaian blok (blockchain). Kerjasama menyeluruh ini diharap dapat mewujudkan ekosistem STI yang dinamik, serta memberikan impak yang ketara dan manfaat berkekalan kepada kedua-dua negara.
Turut hadir dalam sesi pertemuan ini ialah wakil Suruhanjaya Tinggi New Zealand di Malaysia; YBhg. Dato’ Gs. Haji Azlikamil Napiah, Ketua Pengarah Agensi Angkasa Malaysia; YBrs. Dr. Saat Shukri Embong, Pemangku Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif MIMOS Berhad; serta pegawai-pegawai daripada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).
Skip to content