YBrs. Puan Nik Mazlina binti Nik Mustapha, Timbalan Ketua Pengarah, (Perkhidmatan Teknikal dan Operasi), Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) merasmikan Bengkel Pembangunan Kriteria dan Skema Penilaian Kebolehlaksanaan Pembangunan Kemudahan Pelancar di Malaysia pada 17 Julai 2025 di Putrajaya. Bengkel telah dihadiri oleh lebih 50 pegawai daripada pelbagai Kementerian/Jabatan/Agensi yang berkaitan.
.
Bengkel bertujuan untuk meneliti, membincangkan dan memperhalusi bagi menyediakan skema penilaian yang komprehensif, menyeluruh, relevan dan berkesan serta sejajar dengan dasar dan peraturan yang berkenaan.
.
Pertumbuhan pesat industri pelancaran angkasa di peringkat global membuka peluang luas kepada negara-negara seperti Malaysia untuk memperkukuh penglibatan dalam ekosistem angkasa. Inisiatif ini akan meningkatkan keupayaan teknologi angkasa negara, untuk negara beralih daripada pengguna kepada penyedia teknologi angkasa selaras dengan Dasar Angkasa Negara 2030.