MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

MESYUARAT PELAKSANAAN PROGRAM SEKOLAH ANGKAT MALAYSIA MADANI PADA 12 JULAI 2025
Mesyuarat Pelaksanaan Program Sekolah Angkat Malaysia MADANI (SAM) MYSA 2025 pada 12 Julai 2025 di SMK Sungai Besar. Sekolah tersebut telah dipilih sebagai sekolah angkat Agensi Angkasa Malaysia (MYSA).
 
Sesi penandatanganan dokumen Perjanjian Pelaksanaan Program SAM-MYSA 2025 antara MYSA dengan PIBG SMK Sungai Besar (SEMENSAR) telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Gs. Haji Azlikamil bin Napiah, Ketua Pengarah MYSA dengan YBrs. Tuan Haji Idris bin Sahir, Penasihat PIBG SEMENSAR/ Pengetua Sekolah SMK Sungai Besar disaksikan oleh YBrs. Dr Zakaria bin Othman, Pegawai Pendidikan Daerah Sabak Bernam. Tumpuan mesyuarat adalah perbincangan mengenai garis panduan dan cadangan aktiviti/ program yang akan dijalankan hingga hujung tahun ini.
.
Delegasi telah dibawa melawat infrastruktur dan fasiliti sekolah selepas selesai mesyuarat. Semoga usaha ini dapat memperkukuhkan sistem penyampaian perkhidmatan Kerajaan, meningkatkan kesejahteraan rakyat, serta menyumbang ke arah pembangunan sektor pendidikan negara.
Skip to content