MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

TAHNIAH KEPADA PEMENANG PERTANDINGAN MYSA ROCKET CHALLENGE
 
🎉👏🏼👏🏼Tahniah kepada semua pemenang! Pertandingan akhir MYSA Rocket Challenge – Roket Air dan Roket Pepejal Peringkat Negeri Selangor.
✨Tahniah juga kepada peserta-peserta yang telah berusaha dari awal hingga ke pertandingan akhir Jangan putus asa. Ini baru permulaan kepada kejayaan di masa hadapan.
Acara penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh YBrs. Encik Samsuddin bin Omar, Timbalan Ketua Pengarah (Penyelidikan dan Pembangunan) Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) pada 13 Julai 2025 di SMK Sungai Besar Selangor.
Program bertujuan memperkasa ilmu pengetahuan dalam bidang STI & STEM, mencambah minat dan peluang meneroka inovasi teknologi berkaitan angkasa lepas dalam kalangan generasi muda.
 
𝗞𝗮𝘁𝗲𝗴𝗼𝗿𝗶 𝗥𝗼𝗸𝗲𝘁 𝗔𝗶𝗿 (𝘀𝗲𝗸𝗼𝗹𝗮𝗵 𝗿𝗲𝗻𝗱𝗮𝗵)
1️⃣SK Pasangan (Aeroxplorer)
2️⃣SK Bandar Baru Batang Kali (Aero Force)
3️⃣SK Pasangan (Hydro Boomers)
 
𝗞𝗮𝘁𝗲𝗴𝗼𝗿𝗶 𝗥𝗼𝗸𝗲𝘁 𝗣𝗲𝗽𝗲𝗷𝗮𝗹 (𝘀𝗲𝗸𝗼𝗹𝗮𝗵 𝗺𝗲𝗻𝗲𝗻𝗴𝗮𝗵)
1️⃣SMJK Yoke Kuan (Ignition Syndicate)
2️⃣SM Islam Hira (Jabir Ibnu Hayyan)
3️⃣SMK Telok Gadong (Starry Gazers)
 
▪ Penyertaan 41 kumpulan sekolah rendah dan 33 kumpulan sekolah menengah, dengan melibatkan lebih 400 pelajar.
▪ Program anjuran MYSA dengan kerjasama HEMREL-High Energy Material Research Laboratory.
Program Celik STI & STEM merupakan salah satu fokus inisiatif MYSA untuk anak muda Kampung Parit Empat, Sungai Besar yang merupakan Kampung Angkat MADANI MYSA.
Angkasa untuk semua | Space for all
🌎📡🔭🚀🛰️
Skip to content