MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

PELUNCURAN KARNIVAL KOMUNITI MADANI MYSA PADA 12 JULAI 2025
Peluncuran Karnival Komuniti MADANI Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) yang disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Gs. Haji Azlikamil bin Napiah, Ketua Pengarah MYSA pada 12 Julai 2025 di SMK Sungai Besar menyaksikan penyerahan aset kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Parit 1, Parit 2, Parit 3 dan Parit 4 bagi Program Meningkatkan Ekonomi Penduduk Kampung. Nilai keseluruhan aset adalah sebanyak RM340,000.00 meliputi:
●Projek Ternakan Ikan Air Tawar kerjasama KAM dan Sejati MADANI
●Projek Pusat Sehenti Tanaman Herba Tradisional
●Projek Tanaman Melon Manis
●Projek Penyedia Perkhidmatan Dron Pertanian (membaja dan meracun)
●Pusat Memproses Hasil Padi Kepada Beras (jualan)
.
Sebagai simbolik, antara aset yang diserahkan seperti dron pertanian, bertujuan meningkatkan lagi kecekapan serta pendapatan hasil daripada aktiviti pertanian yang dijalankan.
.
Kampung Parit Empat, Sungai Besar, Selangor telah dipilih sebagai KAM MYSA. Kampung Parit Empat merangkumi Kampung Parit 1 Timur, Kampung Parit 2 Timur, Kampung Parit 3 Timur dan Kampung Parit 4 Timur. Tiga (3) fokus inisiatif KAM MYSA:
●Program Menaik Taraf Infrastruktur dan Fasiliti Penduduk Kampung
●Program Meningkatkan Ekonomi Penduduk Kampung
●Program Celik STI & STEM
.
Selaras dengan semangat MADANI, Karnival Komuniti MADANI MYSA yang julung kali diadakan melalui kerjasama erat MYSA dengan penduduk setempat serta rakan kerjasama strategik bertujuan untuk meningkatkan ekonomi
penduduk kampung serta memperkasakan agenda STI & STEM khususnya melibatkan bidang sains dan teknologi angkasa dikalangan generasi muda.
.
Hadir sama, YDh. Tuan Dr. Haji Paridul Adras bin Ismail, Dato’ Orang Kaya Maha Bijaya Orang Besar Daerah Sabak Bernam; Encik Mohd Alias bin Awang, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Jabatan Pendidikan Negeri Selangor; Dr. Zakaria bin Othman, Pegawai Pendidikan Daerah, Pejabat Pendidikan Daerah Sabak Bernam; dan Tuan Haji Idris bin Sahir, Pengetua SMK Sungai Besar, Selangor.
Skip to content