YBhg. Dato’ Gs. Haji Azlikamil bin Napiah, Ketua Pengarah Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) menerima kunjungan hormat daripada Tuan Yang Terutama Jose Luis Pardo Cuerdo, Duta Besar Sepanyol ke Malaysia pada 10 Julai 2025, bertempat di Kompleks Teknologi Angkasa, MYSA, Banting, Selangor. Kunjungan ini disertai pegawai daripada Pejabat Kedutaan Sepanyol di Malaysia, Spanish-Malaysian Chamber of Commerce dan wakil syarikat-syarikat Sepanyol. Hadir sama, Dr. Balamurugan a/l Nallamuthu, Setiausaha Bahagian Antarabangsa, MOSTI dan Encik Mohd Zakwan Zabidi, Naib Presiden Kanan, MIGHT.
.
Perbincangan memberi tumpuan kepada potensi kerjasama dalam teknologi angkasa meliputi:

kerjasama antara syarikat-syarikat Sepanyol dan Malaysia

perkongsian penyelidikan dan kepakaran sistem satelit SBAS dan infrastruktur

program pembangunan kapasiti seperti pertukaran jurutera, penempatan latihan dan teknikal antara institusi serta industri kedua-dua negara
.
Delegasi turut dibawa melawat ke Fasiliti Kawalan Misi (FKM) dan Fasiliti Pemasangan, Integrasi dan Pengujian Satelit (AIT) bagi melihat pengoperasian dan perkhidmatan yang diberikan.