MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

KUNJUNGAN HORMAT DELEGASI DEWAN BANDARAYA KUCHING UTARA (DBKU) PADA 23 JUN 2025
YBhg. Dato’ Gs. Haji Azlikamil bin Napiah, Ketua Pengarah Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) menerima kunjungan hormat daripada YBrs. Encik Ramzi bin Abdillah, Pengarah, Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) pada 23 Jun 2025 di ibu Pejabat MYSA, Kuala Lumpur. Sesi perbincangan menjurus kepada potensi kerjasama menerusi penggunaan teknologi remote sensing dalam meningkatkan kecekapan operasi DBKU. 🤝
.
Delegasi turut dibawa melawat ke stesen kerja (work station) bagi melihat pengoperasian sistem aplikasi berteraskan teknologi angkasa yang telah dibangunkan oleh MYSA.
▪️Stesen Kerja Bahagian Data (Penerimaan dan Pengedaran Imej Satelit)
▪️Sistem Pemantauan Potensi Lokasi Pelupusan Sisa (e-Sisa)
▪️Sistem Pengurusan Wabak Denggi (SPWD)
▪️Sistem Maklumat Kebakaran Hutan (FORFIS)
▪️Sistem Pemantauan Hutan (FMRS)
▪️Sistem Maklumat Geospatial Sumber Air Pertanian (MakGeoHidro)
▪️Sistem Pengurusan Pembangunan MPAJ (e-Slope)
▪️Sistem Pemantauan Tanah Cameron Highlands (SPTCH)
▪️Majlis Perbandaran Kluang Geospatial Information Centre (MPK-GIC)
▪️Sistem Litupan Muka Bumi Penderiaan Angkasa Sarawak (LIMPAS)
.
Angkasa untuk semua | Space for all
🌎📡🔭🚀🛰️
Skip to content